Friday, 29 May 2009

Kawan atau lawan?

Apa perasaan kita bila orang yang kita anggap sebagai kawan tiba tiba menjadi lawan? Takde angin, takde ribut tiba tiba orang ini 'tersentap' dekat kita!!! Apa ke hal dia ni???? Dulu memang saya cepat'berasa hati' dan mudah tersinggung tapi sekarang ni tak lagi.....! Buat apa la kita nak susah susah bebankan kepala otak ini nak cuba figure out what went wrong, of course la kalau kita tahu kita tak ada buat salah kn???? Yang peliknya tu ada juga segelintir 'kawan' yang nak tersentap tanpa sebab! Tiba tiba tengok kita nak menjeling jeling, bila terserempak terus nak mengelak! Sebenarnya bukan susah pun untuk kita bezakan siapa kawan dan siapa lawan sebab "kawan yang sebenar" tidak akan berkelakuan seperti itu, betul tak??
Saya memang mudah berkawan, tak kira siapa mereka itu dan saya begitu menghargai erti 'persahabatan'! Satu kelemahan saya ni, saya mudah kesian dan simpati kat orang! Sebab itu lah ada yang ambik kesempatan dengan kelemahan saya ini! Orang mudah bercerita apa saja masalah mereka pada saya dan ada juga cari saya bila ada masalah peribadi! Saya ni bukan lah pandai nak menyelesaikan masalah orang kadang kadang masalah sendiri pun tak terbendung tapi saya boleh menjadi pendengar yang baik!
Nasihat saya pada so called 'kawan' ni ' get a life!!!!!!

Pesanan buat anak anak ku...

Sebenarnya bukan mudah memikul tanggung jawab sebagai ibu! Banyak sekali ujian dan dugaan yang harus ditempuhi tapi semua itu sanggup di harungi semata mata untuk melihat anak anak menjadi insan yang berguna! Semua orang buat silap dan mama sendiri pun pernah melakukan kesilapan tapi wahai anak anak mama yang mama kasihi, belajar lah dari kesilapan! Jangan mudah putus asa kerana mama dan baba tak pernah putus asa berdoa kepada Allah supaya menjadikan anak anak mama orang yang berjaya di dunia dan di akhirat!

Wahai anak anak ku, yang penting kita harus jujur pada diri kita sendiri! Jangan sekali kali kita jadi orang orang yang lupa diri! Mama bersyukur kehadrat Allah kerana kita semua selalu
mendapat hidayahNYA walaupun kita pernah gagal, kita pernah alpa, kita pernah menjadi orang orang yang leka tapi masih di beri peluang untuk kembali ke pangkal jalan, insya Allah!
Wahai anak anak ku, walau perit dan pedih sekalipun setiap kali berdepan dengan kerenah kalian, mama tak pernah menyesal dan putus asa! Kita tak perlu jadi orang lain yang penting kita semua harus bersatu hati dan sentiasa menyayangi antara satu sama lain! Ingat, family always come first!
Baru selesai baca blog Siti Aisyah Azmin! Wah wah anaknda ma, dah pandai main paintball! Kalah pun kalah lah janji gaya tetap maintained! Beberapa hari ni takde idea langsung nak menulis kat blog, angin malas dah menyerang! Tapi selepas baca blog anaknda kesayangan saya tu, tiba tiba rasa bersemangat balik nak menulis...
Sepanjang minggu ni takde banyak aktiviti cuma routine harian dengan anaknda Siti Fatimah Azrina! Sejak dia ada, dengan rasminya tugas menghantar dan mengambik adek adek sekolah dah jadi tanggung jawab dia! Selalunya saya akan ikut sekali semasa menghantar the 'two gremlins' to school! Selepas tu biasanya kitorang berdua akan pergi breakfast together gether! Waktu tu lah kitorang akan update each other pasal hal ehwal semasa, gossip terkini, pasal our cambodian maid la, pasal nak masak apa, nak buat apa! Kadang kadang kita berdua boleh meluahkan perasaan masing masing - masa tu bersemangat nak bercerita apa saja! Sekarang ni we both can talk about anything ....., the moon, the stars! Yang seronoknya, hari hari cerita pasal nak kurus, nak excercise, nak pergi jogging, nak go for night walk tapi sehingga ke saat ini masih tinggal angan angan! Yang kelakarnya tu, she always complained that she have put on weight! Hello!!!!, perli ma ke???? I'm working on it now so jangan jealous kalau mama dah kurus nanti! Yang penting sihat!
So, jadi lah manusia yang sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang telah Allah swt berikan kepada kita! Bersih kan hati kita dari segala sifat sifat keji semoga segala amalan kita diterima!
Wassalam!

Monday, 25 May 2009

Salam! I have dissapointed someone sbb dah janji kalau ada blog ni nak tulis macam macam! Sebenarnya memang bnyak yg hendak diluahkan tp sebelum tu nak bagitau jugak kalau apa yang saya akan tulis nanti menyinggung perasaan sesiapa, saya mohon ribuan maaf kerana bukan itu niat sebenarnya ok!
Saya sebenarnya terpanggil untuk menulis tentang seorang 'sahabat' saya ni! Boleh dikatakan yang kami ni memang rapat, banyak kisah suka duka yang kami kongsi bersama! Walaupun sekarang ini kami jarang berjumpa tetapi kami tidak pernah lupa untuk bertanya khabar melalui sms! Sehingga lah pada suatu hari saya terserempak dengan sahabat saya ni di Restoran Ismail, di Tmn Tun! Pada mulanya saya memang tak perasan kan dia tp setelah saya amati saya yakin dia lah sahabat saya tu! Tapi saya amat terkejut kecewa dan malu sebenarnya sebab semasa saya menghampiri dia terus memalingkan mukanya ketempat lain!
Saya kembali ke tempat duduk saya dan terus tertanya tanya apa dah jadi dengan sahabat saya ini. Seperti yang saya katakan tadi saya rasa amat sedih dan amat tersinggung dengan sikap sahabat saya tu! Bayangkan orang yang selama ini begitu saya sanjungi dan hurmati tetapi berubah sekelip mata! Manusia mudah berubah lebih lebih lagi dengan title 'datin' yang baru dia perolehi. Adakah itu sebabnya? Wallahualam! Baru baru ini saya dapat satu sms dari sahabat saya ini, memberitahu bahawa nombor telefon nya telah bertukar! Nak tahu apa saya buat? Saya call balik nombor itu dan saya bertanyakan siapa yang bercakap dan dengan ramahnya dia menjawab " hai min, this is .... la, u tak ingat i ke?" Saya terus menjawab " oh, maaf seingat saya saya tak ada kawan yang bernama ....! and i hung up!!!!!!!
Saya tidak kesal kehilangan orang yang seperti ini kerana pada saya persahabatan itu harus ikhlas! Maka saya terus delete kan nama 'sahabat' ini dari my handphone dan dari ingatan saya!

Friday, 22 May 2009

Me, myself, min

Syukur Alhamdulillah akhirnya dapat juga saya memilikki blog sendiri, itupun kerana hasil usaha anak dara saya Siti Aisyah Azmin yang beria membuka blog ini untuk saya! Ada satu blog yang saya begitu seronok membacanya membuat saya terpanggil untuk berkongsi cerita dan pengalaman semata mata bertujuan untuk dibuat tatapan dan bacaan diwaktu lapang ..

Saya, Aminah binti Hussein atau mesra dengan panggilan Min! Saya dapati setiap kali saya menulis seakan satu terapi yang sungguh mujarab, saya dapat meluahkan isi hati saya, dapat bercerita tentang pengalaman dan yang paling seronok apabila ada juga insan diluar sana yang sudi membaca tulisan2 saya ini!

Alhamdulillah, memilikki kehidupan yang sederhana, mempunyai seorang suami yang sungguh penyayang dan enam orang anak2 yang sering membuat hidup saya dipenuhi dengan warna2 pelangi!! Tak kurang juga diselubungi awan mendung tapi suami dan anak2 adalah harta yang paling berharga buat saya - mereka lah tempat saya berkongsi susah senang, ketawa bersama, menangis bersama, makan dan minum bersama! Takkan saya izinkan sesiapa saja yang mahu merampas kebahagian keluarga saya! Pada saya tangis mereka adalah sendu saya, ketawa mereka adalah penawar saya! Sentiasa memohon kehadrat ilahi agar diri saya, suami serta anak sentiasa dilindungi dan sentiasa diberkati!

Kebahagiaan buat saya adalah melihat kebahagiaan keluarga saya ...