Saturday 25 June 2011

Alahai Pembantu Rumah Kemboja!

Pagi2 lagi saya telah dikejutkan dengan satu panggilan telefon! Berderau darah apabila melihat nombor yang tertera, cepat2 saya jawab! " Min tolong I" kedengaran suara yang tercungap2, belum sempat saya memberi salam! Ye! Ye! Kenapa, tanya saya! Maka inilah cerita saya kali ini ....

Kawan saya ini baru sebulan dapat pembantu rumah Kemboja. Sepanjang tempoh itu memang lah kesabaran yang paling penting. Walaupun pihak ejen menjanjikan pembantu yang cekap, amanah dan rajin kononnya! Masalah bahasa adalah masalah utama  - serba serbi tak faham! Guna bahasa isyarat - baru boleh buat kerja, lepas tu tak pandai nak cari kerja! Lewat aje dapat arahan, masuk bilik tidur! Ye, TIDUR!

Setiap hari kena bagitau - sapu rumah, mop lantai, cuci tandas, sapu kawasan luar rumah, jemur baju, etc, etc ... . Esoknya masih terpinga2, masih tak tahu nak buat kerja apa! Kawan saya ni memang lah penyabar, ditengoknya maid tak buat, dia yang buat dan maid hanya pandang aje! Selepas seminggu, kesabaran semakin rapuh - call ejen, ceritakan semua kelemahan tapi jawapan 'standard' - " Puan harus perlu bersabar, cakap lembut2 sebab maid ni baru sampai, tak pernah bekerja dan perlu banyak tunjuk ajar". Pulak?????

Masuk minggu kedua, masih ditakuk lama dan jalan cerita yang sama! Sekarang dah pandai meminta minta. Cerita kawan saya lagi kalau bagi lauk ikan untuk lunch, malam dia mintak lauk ayam! Kalau kata takde, mulalah tarik muka masam, habis lah pinggan mangkok dalam sinki dhempas2nya dan yang paling menyakitkan hati dah pandai menjawab dengan meninggikan suara dan terjerit2 macam orang gila! Yang lagi menyakitkan hati, pukul lapan malam, dah masuk bilik tidur, gelapkan lampu dan tidur! Kejut lah macamana pun, dia tak akan bangun! Pernah kawan saya ni tertinggal kunci rumah selepas keluar makan malam dengan suami dan anak2 - berpuluh kali tekan bell rumah, jangan katakan bangun, bomb meletup pun rasanya dia tk sedar!

Minggu ketiga lagi 'horror"!  Maid sepak baldi apabila ditegur mop lantai tak bersih! Habis semua baju yang sudah dijemur dibuang atas rumput! Kali ni dah nekad kawan saya untuk hantar maid balik! Call ejen dan ceritakan semua! Ejen datang, marah2 maid dan kemudian bagitau kawan saya yang maid memang nak kerja jadi dia berjanji untuk berubah! Depan ejen, maid salam dan minta maaf! Hati kawan saya cair - diberi peluang kedua!

Sehingga lah pagi tadi, kawan saya kata maid dia dah jadi 'HULK' - puncanya hanyalah sedikit salah faham! Dulu cuma kain baju yang dibuang, kali ini pasu2 pula yang dilemparnya! Maid bagaikan kena sampuk! Apalagi suami kawan saya terus telefon ejen dan ugut untuk buat laporan polis kalau ejen tak datang ambik maid! Aduh, kecoh dibuatnya!

Saya pernah lalui pengalaman yang sama tapi maid saya  tak lah segila maid kawan saya ni! Kesian kawan saya, satu keluarga trauma! Tertanya2 saya, dimanakah silap kami sebagai majikan? Saya kenal sangat kawan saya ni, orangnya tidak cerewet bahkan teerlalu baik dengan semua maid yang pernah bekerja dengan dia cuma inilah pengelaman pertama beliau dengan pembantu rumah Kemboja! So, apa pilihan yang kita ada? Saya pernah cerita pasal maid saya dlm salah satu entry - pengalaman sebegini memang menyerikkan dan kawan saya kabarnya tengah sibuk membersihkan pasu2 yang pecah! Sabar lah mungkin ada hikmah disebalik semua yang berlaku dan kalau masih memerlukan khidmat pembantu rumah, fikir lah banyak kali ..., bak kata Nabil ' lu pikir lah sendiri ...'.

No comments:

Post a Comment