Thursday, 20 January 2011

Hendak seribu daya ....

Alhamdulillah, walaupun agak sukar pada awalnya namun berkat kesabaran dan kegigihan mereka2 yang terlibat, restoran Sembang Sembang telah berjaya beroperasi! Berbekalkan dengan keyakinan dan kesungguhan, kami sama2 mengorak langkah memastikan apa yang kami cita2kan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin!

Alhamdulillah, setakat ini sambutan agak baik. Pelanggan sudah mula mengenal restoran kami. Juadah kami sudah dapat memenuhi citarasa pelanggan.

Alhamdulillah, walaupun masih banyak kekurangan namun saya tetap bersyukur kerana diberi kekuatan mental dan fizikal untuk berdepan dengan berbagai kerenah dan ragam orang2 disekeliling saya.

Alhamdulillah, saya begitu bertuah kerana dikelilingi oleh ahli keluarga yang banyak membantu! Tanpa mereka, tak mungkin impian untuk memilikki restoran ini akan menjadi kenyataan!

Alhamdulillah, bak kata pepatah melayu ' alah bisa tegal biasa', kalau dulunya saya tak perlu ambil tahu, nak masak apa, nak buat kueh apa, nak kena cuci pinggan mangkok ke atau tak perlu tahu giliran siapa yang kena kemas dapur, sediakan persiapan memasak atau kena cuci toilet sekalipun! Sekarang ni, semua tugas itu ibarat rutin dan seakan sudah menjadi kebiasaan buat saya dan semua 'krew' Sembang2 untuk melaksanakannya tanpa sebarang masalah lagi!

Alhamdulillah, ikatan kekeluargaan kami bertambah akrab! Mana nak cari 'chef2' yang pandai menghiburkan hati ketika memasak didapur! Yang menyanyi ada, menari ada dan scene berkejar2 dalam dapur! Kami sentiasa ceria namun tak dinafikan adakala 'angin pus pus' ada melanda! Selalunya hanya untuk seketika, selepas itu kami semua akan riang gembira - macam kanak2 Ribena!!

Alhamdulillah, walaupun ada kalanya tak ramai pelanggan, banyak makanan yang tak habis namun saya tidak pernah merasakan akan menjadi pembaziran kerana selalunya juadah2 itu akan kami bawa balik dan dimakan bersama keluarga dirumah. Kalau makanan itu disediakan dengan penuh ikhlas maka keberkatannya akan berpanjangan!

Alhamdulillah, saya yakin dan percaya jika sesuatu pekerjaan itu kita lakukan dengan penuh keikhlasan, maka 'end product' nya akan menjadi istimewa! Kepuasan pada wajah2 pelanggan dah cukup membuat saya dan semua 'crew2' tersenyum lebar ...

Alhamdulillah,  saya bersyukur kehadrat Ilahi kerana memberi saya kekuatan , memurahkan rezeki saya, memudahkan pekerjaan saya dan yang paling bermakna doa saya untuk menyatukan ahli keluarga saya telah dimakbulkanl! Syukur Alhamdulillah! Semoga kasih sayang saya pada suami, anak2 dan semua adek beradek saya akan sentiasa mekar dan memperoleh keberkatan, amin!!